Saturday, 25 August 2012

Masa Paintball ^ ^

        Hari ini merupakan hari yang saya menanti-nantikan kerana saya telah menyertai satu aktiviti yang dianjurkan oleh bekas unit beruniform saya.Aktiviti ini ialah aktiviti Paintball.Paintball merupakan permainan yang bertanding secara indiviu atau berkumpulan.Pemain dikehendaki melawan pelawannya dengan menggunakan pistol yang diisikan bullet air pewarna.Aktiviti ini amat menyerupai peperangan.Hal ini demikian kerana fenomena tembak-menembak akan dipersembahkan ketika permainan ini sedang dijalankan yang amat menyerupai perang.Pemain yang dikenakan bullet air pewarna dikira mati.Permain ini merupakan sesuatu yang baru kepada saya dan saya amat letih tetapi juga gembira.

Selamat bercuti(17/8/2012)

      Saya berasa gembira kerana pada hari ini saya dapat kembali ke pangku sisi keluarga saya.Saya akan balik dari KL ke rumah halaman saya di Sibu. Perayaan Hari Raya juga dan dekat dan saya berpeluang untuk berkunjung ke rumah jiran saya untuk meriakan perayaan Hari Raya bersama-sama.Saya bercadang untuk memenangkan hati saya di samping menggunakan masa ini untuk menghabiskan kerja khusus yang belum disiapkan lagi.Walaupun hanya cuti seminggu,tetapi saya percaya seminggu ini akan melalui banyak perkara.Saya akan menghargai masa seminggu ini untuk merapatkan hubungan ibu bapa dan rakan sekalian yang lama.

Thursday, 2 August 2012

Refleksi untuk kecerdasan emosi (kuliah untuk 25/7/2012 dan 1/8/2012)

Dalam kedua-dua minggu kuliah ini, puan telah membincangkan sifat yang terdapat dalam manusia.Saya dan rakan-rakan sekalian telah difahami bahawa manusia mempunyai IQ,EQ dan SQ.IQ iaitu intelligent quotient , EQ iaitu emotional quotient dan SQ ialah Spiritual quotient.Ketiga-tiga ini telah memainkan peranan yang penting dalam diri kita,manusia. 
          IQ ibarat otak kita ,EQ ibarat jantung dan SQ pula ibarat sel darah kita.Ketiga-tiga ini mempunyai ikatan.Sadar merupakan fikiran seseorang(IQ) ,separa sadar pula ialah perasaan (EQ)dan jiwa seseorang(SQ).Seringkali manusia berada keadaan sadar tetapi ada kala kita berada  keadaan separuh sadar.APabila kita berada keadaan sadar, kita akan sedar apa yang dilakukan tetapi dalam keadaan separuh sadar kita tidak sedar.
         Biasanya kita memahami IQ dan EQ,iaitu fikiran dan emosi kita,tetapi kebanyakan orang tidak memahami SQ mereka iaitu jiwa mereka.Apabila mereka tidak memahami SQ mereka, mereka akan tertanya-tanya tentang tujuan mereka hidup di dunia ini dan tidak tahu makna kehidupan di dunia.
       Kami juga difahamkan betapa pentingnya dari sejak kecil.Hal ini kerana semasa kecil ,kita hanya akan menerima apa-apa yang diberi kerana tiada penapis.Jika kita menerima sesuatu yang buruk , yang buruk itu juga akan menemani kita dewasa dan mungkin menjadi sikap atau kelakuan kita.
       

    

Video yang saya berasa ia bermakna

Video ini sangat bermakna.Video ini telah menceritakan kesan-kesan alam sekitar kita jika kita tidak menyayangi dan memeliharanya.Kita jangan membahayakan nyawa generasi yang datang semata-mata untuk keuntungan kita.Kita jangan membutakan masa depan generasi yang akan datang. Sememangnya walaupun kita maju tetapi jika kita tidak memelihara alam sekitar kita.Kita akan hidup dalam keadaan yang seksa seperti dalam video.Video telah memaparkan kesan pencemaran nuklear kepada sekitar.Oleh itu, kita harus mengharga alam sekitar kita dari hari ini dan jangan biarkan menjadi macam itu.

Sunday, 29 July 2012

==lll minggu yang sibuk

Minggu ini semua assignment dah mula dibagi oleh semua pensayarah.Saya berasa stress sikit kerana kesemua assignment dibagi serentak.Saya amat berharap diri dapat rajin dan dapat menyelesaikan assignment semua ini dengan penuh tanggungjawab.walaubagaimanpun saya berharap period ini dapat berlalu dengan cepat.Minggu ini saya juga sibuk dengan penghasilan sebuah wau.Wau ini merupakan kerja khusus untuk seni.Saya tidak pernah membuat wau sebelum ini dan kali ini merupakan pertama kali .Dengan rujukan pelbagai bahan, saya sedar bahawa penciptaan wau memerlukan langkah yang banyak dan kesabaran yang tinggi dalam menghasilkan wau tradisional.

Sunday, 22 July 2012

Percutian ke Port Dickson(16 July 2012)

Dengan anjuran pihak gereja, saya dan rakan-rakan sekalian telah berpeluang untuk mengunjung ke Port Dickson. Saya amat menanti-nantikan peluang kali ini kerana sebelum ini saya tidak pernah mengunjung ke mana-mana pantai.Hal ini demikian kerana kedua-dua ibu bapa saya tiada masa lapang untuk melancong.Pada hari tersebut iaitu 16 July 2012, kami telah bertolak pada pukul 2 petang.Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam.Apabila sampai di sana,saya dapat menghayati kecantikan pantai tersebut.Saya dan rakan-rakan sekalian telah berenang di pantai tersebut.Pertama kali saya merasa rasa pantai iaitu masin dan saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk lawatan ini.Pada malam saya berpeluang menikmati hidangan yang enak dengan rakan sekalian .Keesokan harinya saya dan rakan saya telah balik  walaupun lawatan ini amat pendek jangka masa , tetapi saya amat bersyukur kerana berpeluang melawatnya .Perkataan yang dapat saya menggambarkan untuk percutian ini adalah SYOK.

Monday, 9 July 2012

Minggu Yang Lancar dan Gembira

Imbas kembali,Minggu Lepas merupakan minggu yang amat lancar dan gembira untuk saya.Waktu seni ,saya berasa amat gembira kerana dapat belajar ilmu anyaman . Saya berasa gembira kerana sebelum ini saya tidak pernah cuba untuk menganyam dengan sendiri .Seterusnya, saya juga amat gembira kerana dapat mengikuti lawatan seni .Lawatan seni ini merupakan sesuatu penglaman yang baru bagi saya kerana sebelum ini saya tak pernah melawat lawatan sebegini.Lawatan ini di putrajaya dan juga merupakan pesta florida. Pelbagai jenis reka bunga disusun dan diletakkan di situ.Saya amat gembira apabila ternampak bunga-bunga tersebut dan terasa diri macam terdekat dengan unsur alam. Bau wangi dari bunga dan pelbagai warna dari bunga berjaya memenangkan hati saya.Saya amat bersyukur dengan lawatan sebegini .Syok dengan lawatan ini ....