Thursday, 2 August 2012

Refleksi untuk kecerdasan emosi (kuliah untuk 25/7/2012 dan 1/8/2012)

Dalam kedua-dua minggu kuliah ini, puan telah membincangkan sifat yang terdapat dalam manusia.Saya dan rakan-rakan sekalian telah difahami bahawa manusia mempunyai IQ,EQ dan SQ.IQ iaitu intelligent quotient , EQ iaitu emotional quotient dan SQ ialah Spiritual quotient.Ketiga-tiga ini telah memainkan peranan yang penting dalam diri kita,manusia. 
          IQ ibarat otak kita ,EQ ibarat jantung dan SQ pula ibarat sel darah kita.Ketiga-tiga ini mempunyai ikatan.Sadar merupakan fikiran seseorang(IQ) ,separa sadar pula ialah perasaan (EQ)dan jiwa seseorang(SQ).Seringkali manusia berada keadaan sadar tetapi ada kala kita berada  keadaan separuh sadar.APabila kita berada keadaan sadar, kita akan sedar apa yang dilakukan tetapi dalam keadaan separuh sadar kita tidak sedar.
         Biasanya kita memahami IQ dan EQ,iaitu fikiran dan emosi kita,tetapi kebanyakan orang tidak memahami SQ mereka iaitu jiwa mereka.Apabila mereka tidak memahami SQ mereka, mereka akan tertanya-tanya tentang tujuan mereka hidup di dunia ini dan tidak tahu makna kehidupan di dunia.
       Kami juga difahamkan betapa pentingnya dari sejak kecil.Hal ini kerana semasa kecil ,kita hanya akan menerima apa-apa yang diberi kerana tiada penapis.Jika kita menerima sesuatu yang buruk , yang buruk itu juga akan menemani kita dewasa dan mungkin menjadi sikap atau kelakuan kita.
       

    

No comments:

Post a Comment