Sunday, 22 July 2012
Percutian ke Port Dickson(16 July 2012)
Dengan anjuran pihak gereja, saya dan rakan-rakan sekalian telah berpeluang untuk mengunjung ke Port Dickson. Saya amat menanti-nantikan peluang kali ini kerana sebelum ini saya tidak pernah mengunjung ke mana-mana pantai.Hal ini demikian kerana kedua-dua ibu bapa saya tiada masa lapang untuk melancong.Pada hari tersebut iaitu 16 July 2012, kami telah bertolak pada pukul 2 petang.Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam.Apabila sampai di sana,saya dapat menghayati kecantikan pantai tersebut.Saya dan rakan-rakan sekalian telah berenang di pantai tersebut.Pertama kali saya merasa rasa pantai iaitu masin dan saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk lawatan ini.Pada malam saya berpeluang menikmati hidangan yang enak dengan rakan sekalian .Keesokan harinya saya dan rakan saya telah balik walaupun lawatan ini amat pendek jangka masa , tetapi saya amat bersyukur kerana berpeluang melawatnya .Perkataan yang dapat saya menggambarkan untuk percutian ini adalah SYOK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment