Sunday, 29 July 2012

==lll minggu yang sibuk

Minggu ini semua assignment dah mula dibagi oleh semua pensayarah.Saya berasa stress sikit kerana kesemua assignment dibagi serentak.Saya amat berharap diri dapat rajin dan dapat menyelesaikan assignment semua ini dengan penuh tanggungjawab.walaubagaimanpun saya berharap period ini dapat berlalu dengan cepat.Minggu ini saya juga sibuk dengan penghasilan sebuah wau.Wau ini merupakan kerja khusus untuk seni.Saya tidak pernah membuat wau sebelum ini dan kali ini merupakan pertama kali .Dengan rujukan pelbagai bahan, saya sedar bahawa penciptaan wau memerlukan langkah yang banyak dan kesabaran yang tinggi dalam menghasilkan wau tradisional.

Sunday, 22 July 2012

Percutian ke Port Dickson(16 July 2012)

Dengan anjuran pihak gereja, saya dan rakan-rakan sekalian telah berpeluang untuk mengunjung ke Port Dickson. Saya amat menanti-nantikan peluang kali ini kerana sebelum ini saya tidak pernah mengunjung ke mana-mana pantai.Hal ini demikian kerana kedua-dua ibu bapa saya tiada masa lapang untuk melancong.Pada hari tersebut iaitu 16 July 2012, kami telah bertolak pada pukul 2 petang.Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam.Apabila sampai di sana,saya dapat menghayati kecantikan pantai tersebut.Saya dan rakan-rakan sekalian telah berenang di pantai tersebut.Pertama kali saya merasa rasa pantai iaitu masin dan saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk lawatan ini.Pada malam saya berpeluang menikmati hidangan yang enak dengan rakan sekalian .Keesokan harinya saya dan rakan saya telah balik  walaupun lawatan ini amat pendek jangka masa , tetapi saya amat bersyukur kerana berpeluang melawatnya .Perkataan yang dapat saya menggambarkan untuk percutian ini adalah SYOK.

Monday, 9 July 2012

Minggu Yang Lancar dan Gembira

Imbas kembali,Minggu Lepas merupakan minggu yang amat lancar dan gembira untuk saya.Waktu seni ,saya berasa amat gembira kerana dapat belajar ilmu anyaman . Saya berasa gembira kerana sebelum ini saya tidak pernah cuba untuk menganyam dengan sendiri .Seterusnya, saya juga amat gembira kerana dapat mengikuti lawatan seni .Lawatan seni ini merupakan sesuatu penglaman yang baru bagi saya kerana sebelum ini saya tak pernah melawat lawatan sebegini.Lawatan ini di putrajaya dan juga merupakan pesta florida. Pelbagai jenis reka bunga disusun dan diletakkan di situ.Saya amat gembira apabila ternampak bunga-bunga tersebut dan terasa diri macam terdekat dengan unsur alam. Bau wangi dari bunga dan pelbagai warna dari bunga berjaya memenangkan hati saya.Saya amat bersyukur dengan lawatan sebegini .Syok dengan lawatan ini ....

Sunday, 1 July 2012

Penukaran pensyarah kecerdasan emosi dan tugasan yang diberi

Pada hari Rabu yang lepas ,semasa waktu kuliah kecerdasan emosi , saya baru tahu bahawa ada penukaran pensyarah untuk kuliah KE.Pensyarah baru masuk dan kelas digabungkan dengan kelas 3G.Walaubagaimanapun, blog yang kami buka pada minggu yang lepas tetap kekal digunakan dan diguna sebagai portfolio pada masa depan juga.Kami semua telah diberitahu tugasan kami secara terperinci juga oleh pensyarah. Selepas pensyarah menjelaskan semua tugasan, saya tersedar bahawa banyak usaha yang perlu dicurahkan untuk mata pelajaran ini.Saya berasa ada sedikit kerisauan dan berharap dapat menyempurna segala tugasan yang diberi.