20 June 2012 , Pensyarah kecerdasan Emosi telah menyuruh kami semua mencipta satu blog.
Tugasan ini merupakan sesuatu yang sukar untuk saya kerana sebelum ini saya tidak pernah menyentuh tentang blog.Tujuan penciptaan blog ini adalah untuk mencatat atau menjalankan segala tugasan yang disuruh oleh pensyarah.Walaupun saya menemui pelbagai rintangan dalam penciptaan blog ini,tetapi akhirnya saya berjaya menghasilkan blog saya dengan bantuan kawan sekalian.Saya amat bersyukur dan semoga blog ini dapat menjadi penolong saya dalam masa depan untuk menjalankan tugasan-tugasan saya.:)